Tuesday, 1 November 2016

SEBELUM & SELEPAS

 KAWASAN WUDUK & BILIK AIR
SEBELUM
SELEPAS

SEBELUM
SELEPAS

SEBELUM
SELEPAS
KAWASAN DALAM MASJID
SEBELUM

SELEPAS

SEBELUM

SELEPAS




Cont: KHIDMAT KOMUNITI


GAMBAR-GAMBAR SEMASA KERJA GOTONG-ROYONG



























 

KHIDMAT KOMUNITI : GOTONG - ROYONG DI MASJID GAMBANG


Gambang-8 Oktober 2016,Sekumpulan pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang kampus Gambang telah hadir ke masjid ini kerana mengadakan program khidmat masyarakat dibawah projek Tamadun Islam & Tamdun Asia (TITAS). Program ini dijalankan selama 1 hari sahaja bermula pada jam 2 petang sehingga 6 petang. Program ini diadakan bertujuan untuk melengkapkan pembelajaran mereka bagi subjek TITAS pada semester ini.

Aktiviti yang diajalankan di dalam ruang utama masjid ialah melakukan permbersihan kipas serta membersihkan semua tempat termasuk kawasan mimbar. Pelajar juga menyusun semula kedudukan Al-Quran dan kitab dengan teratur di tempat yang telah disediakan oleh pihak pengurusan masjid. Selain dari kawasan dalam masjid,pelajar juga diberikan tugas untuk membersihkan kawasan wuduk dan bilik air. Di kawasan wuduk dan bilik air pelajar dikehendaki memcuci lantai dan mengeringkan semula serta mengelap cermin yang sedia ada.

Malahan,ada juga sekumpulan pelajar yang lain membersihkan kawasan stor penyimpanan barang masjid. Tugas yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar tersebut ialah mereka dikehendaki melipat semula semua sejadah yang telah digunakan dengan elok serta menyusun alatan-alatan yang terdapat di dalam kawasan stor di tempat yang telah disediakan agar mudah untuk dicari dan lebih nampak teratur.

Selain daripada aktiviti membersihkan kawasan masjid, pelajar UMP turut mengadakan sedkit perkongsian ilmu berkaitan dengan teknologi. Mereka mengajar pihak masjid cara-cara mengunakan perisian microsoft iaitu microsoft word,excel dan power point. Malahan, mereka turu mengajar kami cara membuat akaun laman  ' facebook' serta ' blog'. Alhamdulillah, dengan berkat bantuan pelajar UMP akaun 'facebook' dan 'blog' masjid gambang telah dibuat. Mudah-mudahan dengan adanya akaun tersebut, pihak luar @ masyarakat dapat mengenali lebih lagi masjid gambang ini.

Program khidmat komuniti ini berakhir dengan sedikit jamuan minum petang yang telah disediakan oleh pelajar UMP sendiri. Jamuan ringan yang disediakan oleh pelajar ialah kuih muih dan air teh. Serta pihak pelajar UMP telah memberikan sedikit sumbangan kepada kami pihak masjid.


LOKASI

MASJID GAMBANG BARU,PAHANG.




Address: Jalan Gambang, Kampung Sungai Belat, 26300 Gambang, Pahang, Malaysia.

Location: