Gambang-8
Oktober 2016,Sekumpulan pelajar daripada Universiti Malaysia Pahang
kampus Gambang telah hadir ke masjid ini kerana mengadakan program
khidmat masyarakat dibawah projek Tamadun Islam & Tamdun Asia
(TITAS). Program ini dijalankan selama 1 hari sahaja bermula pada jam 2
petang sehingga 6 petang. Program ini diadakan bertujuan untuk
melengkapkan pembelajaran mereka bagi subjek TITAS pada semester ini.
Aktiviti
yang diajalankan di dalam ruang utama masjid ialah melakukan
permbersihan kipas serta membersihkan semua tempat termasuk kawasan
mimbar. Pelajar juga menyusun semula kedudukan Al-Quran dan kitab dengan
teratur di tempat yang telah disediakan oleh pihak pengurusan masjid.
Selain dari kawasan dalam masjid,pelajar juga diberikan tugas untuk
membersihkan kawasan wuduk dan bilik air. Di kawasan wuduk dan bilik air
pelajar dikehendaki memcuci lantai dan mengeringkan semula serta
mengelap cermin yang sedia ada.
Malahan,ada
juga sekumpulan pelajar yang lain membersihkan kawasan stor penyimpanan
barang masjid. Tugas yang dijalankan oleh sekumpulan pelajar tersebut
ialah mereka dikehendaki melipat semula semua sejadah yang telah
digunakan dengan elok serta menyusun alatan-alatan yang terdapat di
dalam kawasan stor di tempat yang telah disediakan agar mudah untuk
dicari dan lebih nampak teratur.
Selain daripada aktiviti membersihkan kawasan masjid, pelajar UMP turut mengadakan sedkit perkongsian ilmu berkaitan dengan teknologi. Mereka mengajar pihak masjid cara-cara mengunakan perisian microsoft iaitu microsoft word,excel dan power point. Malahan, mereka turu mengajar kami cara membuat akaun laman ' facebook' serta ' blog'. Alhamdulillah, dengan berkat bantuan pelajar UMP akaun 'facebook' dan 'blog' masjid gambang telah dibuat. Mudah-mudahan dengan adanya akaun tersebut, pihak luar @ masyarakat dapat mengenali lebih lagi masjid gambang ini.
Program
khidmat komuniti ini berakhir dengan sedikit jamuan minum petang yang
telah disediakan oleh pelajar UMP sendiri. Jamuan ringan yang disediakan
oleh pelajar ialah kuih muih dan air teh. Serta pihak pelajar UMP telah memberikan sedikit sumbangan kepada kami pihak masjid.
No comments:
Post a Comment